Wednesday, September 5, 2012

TIPS CONTROL DIRI BILA RASA 'DOWN'


ASSALAMUALAIKUM! 


Semua orang mesti pernah rasa down kan?mesti pernah rasa bengang je sampai ada yang rasa macam nak tumbuk dinding ke (perasan kuat) , nak bunuh diri ke (tak takut dosa) , rasa nak ganyang je orang yang korang bengang tu kan? Sabar-sabar! Mesti ada cara untuk control diri bila ada rasa amarah. Tapi bagi Faz,Faz paling pantang manusia zaman sekarang tu selalu sangat memuja benda haram bila nak marah..sebagai contoh Mr. Pinky Pig. Yang korang pergi puja sangat menatang tu apa hal? Sah-sah dapat dosa kering free-free. Lebih-lebih lagi anak muda,tapi kebanyakannya sekarang semua ni sebab pengaruh kawan, ye idak? mana taknye,kononnye kalau tak mencarut nanti takut orang anggap skema, eh x de maknanya! jaga lidah tu, bahasa melambangkan keperibadian diri, kalau bahasa pun main ikut sedap je cakap macam mana orang nak yakin dengan kita? Think twice before u talk. Ok, back to the topic *rasa macam dah lari topic Faz sebenarnye tak de lah hebat sangat dalam bab-bab macam ni , tapi boleh la sikit-sikit. Dulu Faz memang panas baran, cepat down tapi bila terpikir balik , there is no point untuk terus jadi macam tu, sikap negative kene hapuskan. Biasanya bila Faz down, and before perasaan down and badmood tu bertukar menjadi singa lapar, Faz akan buat macam ni :


  • Makan coklat, coklat kan boleh kurangkan stress. Biasanya Faz suka sangat Daim, It's one of my fav choc, kalau siapa nak pujuk Faz, sila bagi daim (dear Incek Syaf, please take note,hewhewhew)

 Biasanya Faz suka sangat Daim, It's one of my fav choc, kalau siapa nak pujuk Faz, sila bagi daim (dear Incek Syaf, please take note,hewhewhew)

  • Bersendirian, sebab bila kita sorang-sorang,kita akan fikir balik kenapa kita 'down'
  • Kalau tak tahan lagi, Faz akan menangis. Faz memang manja,tak tough mana lah kenn, so nangis je la sorang-sorang, bila dah puas, Faz akan lupa semua benda tu.
  • Ambil wudhuk, this is the best way! biasanya Faz kalau dah tak tahan sangat, Faz akan ambil wudhuk, then I will be okay.
Tapi bukan semua tips ni boleh go on dengan semua orang, but who knows, try la, it's for your own good jugak kan?
Thank's for reading,
Lots of Love,
Faz :)

RINDU

RINDU NAK SHOPPING! OK BAI! =.=

Tuesday, September 4, 2012

LOVE

Assalamualaikum :)

Hamboi title post nak jiwang-jiwang je kan? dah lama tak post new entry,sesekali terpikir ada something yang perlu diperjelaskan dengan one of my status few days ago

jengjengjeng : D

amacam?suspen tak? My hero a.k.a incek Syaf ada datang rumah raya hari tu untuk bertemu wali (ayah) Faz. For your information, kami tak pernah berjumpa!yea,tak pernah berjumpa tapi kami telah merancang untuk dia bertemu wali Faz dulu sebelum kami pergi ke hubungan yang lebih serious. sejujurnya Faz tahu, isu bercinta sebelum kahwin pada masa kini agak sensitif. sejujurnya kami ada merancang untuk ke arah pertunangan *berapa banyak sejujurnya laaa  Memang agak nervous pada mulanya bila incek Syaf datang ke rumah, ye la,kitorang tak pernah bertemu empat mata sekalipun, tiba-tiba dia datang jumpa ayah Faz, terpikir jugak, is he really serious?memang dia agak gentleman. *gentleman apa,dia pun nervous bagai siap bawak sapu tangan takut berpeluh,haha! jangan marah :P   Mula-mula takut tak lulus dimata mummy dan abah, tapi bila banyak pujian bertimbun-timbun diberikan kepadanya, Alhamdulillah, lampu hijau makin cerah!haha..
Lepas je dapat greenlight, barulah lega sikit rasa hati nie,kiranya sekarang proses kenal hati budi,bila dah tiba masanya nanti InsyaAllah we will go towards engagement. Kami cuba untuk menjaga batas-batas yang ada. InsyaAllah jika dengan izin Allah, jika dia bakal Imam Faz yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz,akan ada jodoh kami. :)
P/S: he is not my boyfriend but InsyaAllah he is my future :)

Love XOXO,
Faz :)

Wednesday, August 22, 2012

My Dear Adam


Hope that U will be my Adam..Ameen :)

Tips Penjagaan Sugar Glider

Assalamualaikum
Blog dah makin berhabuk, apabila keadaan agak busy after final bulan April hari tu..sudah memiliki diploma rupanya diriku ini,hewhewhew...Lepas je meninggalkan Kuantan, 29 April adalah tarikh pertunangan my sis, agak kelam kabut jugak sebab plan last minute
Seketul gambar sudah cukup menjadi bukti hari pertunangan tersebut.

Lepas tu tak pasal-pasal Faz warded dekat KPJ Perdana, Kota Bharu atas sebab-sebab tertentu. Lepas tu pulak, laptop nak bermanja, rosak pulak..macam-macam jadi..sekarang baru free..
And now, Faz da ada anak..heee....

Hai! Its me Bellarina Thumbellina (bukan Faz bagi nama macam ni) *ok,saya malu




Menjaga budak comel ni tak de la susah sangat. Maybe Faz cakap senang sebab Faz banyak spend time dengan dia. Nak bela SG ni ada orang cakap susah,ada orang cakap senang. Bagi Faz senang je,atas pendapat masing-masing. Bella ni jenis banyak ragam, nak bermanja, cepat merajuk, makan pun ikut mood,kalau nak makan banyak,memang banyak dia makan, tapi ada jugak masa dia tak nak makan sangat. makan Bella biasanya bersuap. Dah dekat 3 bulan Faz bela,memang dah serasi sekarang.. Kat sini Faz sertakan cara-cara penjagaan asas Sugar Glider.

  • Sifat Sugar Glider : Betina ke jantan ke takde siapa yang dapat pastikan mana satu lebih liar dan sukar dijinakkan. Setiap sugar glider punyai perangai / ragam / kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling , ada yang suka bersendirian...Kerenah sugar glider pasti berbeza...sebab tu lah, setiap owner yang bela sugar glider pasti susah nak jumpa sugar glider yang sama perangainya dengan sugar glider yang ada sebelumnya. 
  • Sugar Glider tak perlu dimandikan : Sugar glider ni jenis pembersih..walaupun dia suka kencing dan berak merata-rata, dia akan bersihkan balik badan dia..kalau nak badan sugar glider sentiasa wangi, lap badan sugar glider dengan wet tissue sahaja. Ataupun boleh beli spray wangian untuk pets kat kedai haiwan. 
  • Makanan Sugar Glider : Sugar Glider baby tak makan banyak pun ! Kalau nak hidangkan makanan, buah-buahan, jangan bagi dalam kuantiti yang banyak..sebab membazir je nanti. Sugar Glider ni memilih sikit..diorang nak makanan yang fresh sahaja. Kalau makanan tu dah lembik dan tak menarik..dia tak sentuh pun. Contoh : Potong buah papaya bentuk sebesar pemadam kecil pun cukup. 
  • Waktu makan sugar glider : Beri makan pada sugar glider pagi sekali dan malam sekali. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement =) 
  • Potong kuku sugar glider : Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkan panjang. Kalau korang biarkan panjang, alamat berparut parut lah badan korang yang membelanya. Lagi best kalau sugar glider tu landing atas muka korang...Zap Zip Zup..dapat hadiah ! Pastikan potong kuku bucu sahaja. Banyak kes orang potong kuku sugar glider sampai berdarah sugar glider tuh. Jadi hati-hati ya..jangan sakiti sugar glider anda. 
  • Bawa sugar glider jalan-jalan : Jangan biarkan sugar glider korang duduk dalam cage je ! Nanti tak manja la diorang..lagipun kesian kat diorang..sugar glider pun nak bebas dan hirup udara segar kan ? Jadi selalulah bawa diorang jalan-jalan, lagipun lebih cepat bonding dan mesra pada tuan...Langkah keselamatan, pastikan bwa sugar glider dalam pouch bag yang diyakini selamat dan tak mudah bolos. Perhatian ! Sugar Glider boleh melepasi zip yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika korang bawa dia jalan-jalan..macam mana cara pun,pastikan zip pouch bag tu tak boleh terbuka dengan mudah. 
  • Masa untuk Sugar Glider : Sugar glider ni sejenis haiwan yang manja ok...sangat penuh dengan kasih-sayang. Jadi bagi pembela sugar glider, pastikan korang sentiasa ada untuk suggies korang. Spend banyak masa dengan sugar glider korang supaya ia tak kesepian. Kalau macam Faz, Faz spend almost 12 jam dengan diorang..sampai kadang-kadang 24 jam pun ada...Sebab saya bawa ke mana sahaja saya pergi. 
  • Cara Manjakan Sugar Glider : Nak manjakan sugar glider ni nak kata senang tak juga, ikut perangai sugar glider tu jugak. Kalau dia lahir dengan cara homebreed (orang bela kat rumah dan bagi beranak pinak), biasanya sugar glider itu lebih jinak. Kalau lahir dalam massbreed (entah betul ke tak istilah ni, sugar glider lahir kat kilang proses buat anak sugar glider) biasanya sugar glider tu lebih liar. Tapi jangan risau..manjakan sugar glider korang dengan tangan. Usap sugar glider tu...pedulikan gigitan dan kebisingan dia..biasakan dengan gigitan..nanti..daripada gigitan bertukar jadi jilatan sebab dia dah suka tuan dia. Selain itu, bagi upah makan yang sedap sedap kat sugar glider...pancing dia dengan yogurt, mesti dia tertarik..dan usap badan dan kepala dia berulang-ulang kali. Jangan lupa letak baju yang berbau badan korang dalam sangkar sugar glider tu...

P/S : tak terlambat lagi kan nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN? :)


Love,

Faz.

Tuesday, August 21, 2012

Him :)

Incek Habang Kacak yang mampu me'melting'kan hatiku :)
Syafiq Zulkifli

Wednesday, March 14, 2012

Pre-Convocation Day! (entri bergambar)

My Parents and My Sister
Assalamualaikum and a very good morning, today i would like to share my experience on my pre-convocation day (dah macam speaking test MUET dah gayanya =.=')

Selepas tiga tahun spending my time right here, di UCSA tercinta, akhirnya bakal tamat sudah perjuanganku, oh adakah ini hasilnya dari pengorbanan titik peluh ku berjaga siang malam untuk mencari segulung diploma? (ayat macam ayat novel =.=' okey,tukar mood lagi) Chakkkk! wiiii! bumbumcak bumbumcak! yess!dah nak habis diploma,dah nak habis waktu duk kat kuantan nie!yeyeyey! Parents and my sisters datang masa hari tu, mana boleh dorang tak datang, Faz anak manja,kalau tak datang memang merajuk habis! So, its begin here,jom jamu mata =)

Abah saya!

Kakak-kakak saya!

Mata bulat palsu =.='

Sheha (housemate) & Syimir (classmate)

Abang-abang besar

Jiji & Nuurarrienna (classmates) 
p/s:ejaan nama nora pelik kan? but its cool!

Main-main DUSTAN :D

Tonjang,Aza,Dilla & Zira

Aza (minah korea) merangkap roomate + classmate + gaduhmate

Tumbuk nak?

Ugutan berani mati =.='

Nama kami :) *ceteka mana nama Faz :D

LASTLY, thanx for my parents and my sisters for this flower,rasa nak melompat-lompat sebab dapat bunga, dah lama tak dapat bunga sejak single!eksaited wii wii!

Moral of the story : Rasa nak nangis masa on the way naik stage,masa tu mula terfikir, ini baru separuh dari hutang diri kepada pengorbanan ibu bapa yang mampu dibayar. Diorang cuma nak kejayaan anak-anak, pelajaran kita ibarat pembayaran hutang kita kepada pengorbanan diorang. Kita meminjam masa diorang untuk membesarkan kita,kita meminjam kasih sayang diorang untuk menyayangi kita tapi dengan kejayaan diri kita sudah cukup untuk kita membalas hutang itu.GET IT? Berharap untuk ada peluang sambung degree dan berusaha untuk dapat title Sr. :) Doakan Faz *ayat menyayat hati tak ley bla!

Terima kasih sudi baca :D





Tuesday, March 13, 2012

LYCRA TURBAN



The most Unforgettable Memory

Assalamualaikum! :D

Boleh tak kalau tak payah bagi pendahuluan pastu terus masuk isi penting? Sebab hari dah petang,kalau buat pendahuluan mesti isi penting dah jadi merepek =.=
Semalam bersamaan 12 March 2012 bersamaan hari terakhir housemate faz (shea) dah bergelar seorang graduan diploma *ayat skema tak ley bla  Kitorang pun plan nak pergi celebrate kemerdekaan ini berdua. Gara-gara pergi dengan handphone battery low, satu ketul gambar pun tak dapat ditangkap. Kitorang terus bergerak pergi KP (Kuantan Parade) pukul 7 *mentang-mentang bulan mengambang,keluar rumah pun dah tak tengok waktu dah. Kitorang ni kan student terhormat,jadi kebiasaannya akan menghubungi pak cik-pak cik hensem a.k.a van sapu,cab mahupun sebagainya sebagai pengangkutan utama disini. Dah syok-syok sampai KP,terus pergi makan

with Shea *gambar masa pre-convo,cerita pre-convo nanti bila senang akan diperhikayatkan

Pizza you olls! gara-gara kebulur sangat,nah amek ko!sekali makan pizza terus! *gambar dari pak cik google

Dah puas-puas melantak makan piza (set sensasi delight je =.=) terus kitorang pergi karok, as long as i know,tempat karok paling best dekat kuantan ni hanya dekat KP je, INBOX PUSAT HIBURAN KELUARGA. murah pun murah RM15 sejam. Dah puas-puas melalak selama 2 jam, tengok jam dah pukul 10.30 p.m. Terus call segala jenis pengangkutan,semua TAK BOLEH! huwaaa! time tu da rasa nak nangis tapi tahan lagi,relax lagi, siap gelak-gelak lagi, pasti Shea try call all of her friends yang ada transport, ada yang boleh ambil tapi lambat, Faz pun try call budak kelas, Joe TAK ANGKAT jugak! tapi dengan penuh harapan dengan muka tak tahu malu + takut akan keselamatan diri, call jugak banyak kali. Kitorang pun jalan kaki meninggalkan KP,dengan perasaan berlagak kononnye nak balik jalan kaki *padahal tak sedar KP ke rumah dalam 9km . Kitorang berjaya jalan kaki sampai 5km gitu,tu pun ambil masa 1 jam. Faz siap bunuh siput babi lagi sebab jalan tak tengok bawah (i'm sorry siput babi,tak sengaja =.=) memang banyak la kereta hon bila tengok ada perempuan jalan tepi jalan tengah-tengah malam. Masa tu kitorang lalu tepi kubur, pastu dapat mesej dari Joe, dengan penuh harapan macam tadi terus call Joe,mintak tolong selamatkan kitorang yang jalan tepi jalan, dalam masa 5 minit Joe sampai. Masuk kereta terus gelak-gelak sebab malu giler. Ada 2 orang classmates skali dengan Joe, dah peras ugut diorang jangan bocorkan rahsia yang sangat memalukan ini * tapi last-last hapdet dalam blog -.- Pastu padan muka kitorang kene membebel dengan orang-orang yang tahu,haha!
Moral of the story,jangan gatal-gatal nak buat benda tanpa plan betul. UNEXPECTED PLAN IS NOT COOL OKAYH! so padan muka, ok bai 

TERIMA KASIH SUDI BACA


Friday, March 2, 2012

Turban Tutorial


Assalamualaikum :)
Hey girls! (entry untuk girls sahaja) I have done my first video tutorial, video tutorial jah oi! sangat letih untuk terangkan bila ramai yang bertanya how u wear this,how u wear that,last-last amekaw! siap buat video lagi :P
Sorry sebab takde suara dalam video ni sebab nak elakkan dari di cop gedik, and sorry sebab ada perkataan muncul ditengah-tengah video akibat daripada video editor nak mempromotekan diri -.- *tak tahu macamana nak buang. And girls,sila kemaskan sikit mana yang patut bila pakai this turban, if korang pakai dengan cotton lycra shawl,jarum peniti jarang digunakan sebab shawl tu berat dan boleh selit-selit,macam dalam video ni, it's cotton lycra :) but if guna silk shawl,pun boleh and lagi best sebab dia ringan tapi kene banyak guna susuk (jarum peniti) atas kepala. So, thanx for watching :)
P/S: abaikan muka annoying payah senyum,hewhewhew





Thursday, February 16, 2012

Final Project,Shawl Tutorial,Online Shop

Assalamualaikum,

Bila dah siap taking-off for my final project, im just just thinking that long time not update my blog. Dah siap mula la muka segar semacam,padahal masa nak siapkan muka macam tak makan setahun, and because of this final project jugak la Faz banyak skip meal, yeah,sangat tak bagus untuk body tapi kalau makan mesti lambat pastu lambatlah siap keje,ouh memang tak nak keje siap lambat-lambat. Tapi akhirnya alhamdulillah building works sudah siap sepenuhnya,esok tinggal submit :) *habis topik pertama,FINAL PROJECT


sejak dua menjak nie,agak ramai yang asyik menanyakan soalan how im wearing a tudung? how i belit-belit the tudung? susah untuk terangkan pada semua orang,so disebabkan hal itu terjadi, Faz telah meminta pendapat semua orang sekeliling untuk record video tutorial, maybe akan upload kat sini, and of course youtube, but at the same time i will jual-jual tudung macam dulu-dulu,cewah! *macam dah tua sangat -.-  dan ianya adalah perancangan untuk bulan lima nie (lepas habis diploma dalam tempoh tunggu degree) tapi dah tak boleh malas-malas dah,kene kuat semangat :)

So,lets spend ur time godek-godek barang dekat sini :)

Tuesday, January 31, 2012

TURBAN

Assalamualaikum,
belek-belek final project,'gayut-gayut' dekat telinga,menghadap assignments, bila dah baring-baring baru ingat, 'eyh,da lama x update blog,eyh,aku ada blog ek?' hah x payah nak pikir sangat,x ramai yang baca :P 
Sekarang ramai sangat yang pakai tudung pelik-pelik, ianya bergerak mengikut peredaran semasa..same goes to me,terlalu addicted to fashion, Faz langsung x kisah how much i spend for my own dress up..

(abaikan mulut muncung zaman budak2)
photo zaman 2009,zaman nie zaman selendang,tapi Faz x pakai shaw,Faz ubah tudung segi empat tu belit-belit sampai nampak gaya shawl


photo zaman 2010,zaman semua orang pakai shawl,and masa ni agak terINFLUENCE jugak 
la,tapi inner nampak kat depan

My friends called it as 'SELIMUT KEBAKARAN'.haha,dia cakap sebab pashmia sangat tebal dan mampu menghapuskan kabakaran. Faz stop pakai tudung macam nie bila dah ramai yang mula pakai. Salah satu perangai Faz,Faz x suka sama dengan orang dan x suka minat benda yang orang ramai minat *agak kedekut ilmu disitu -.-

Yang ni sebab terpengaruh dengan Yuna,haha..awal tahun 2011 kalau tak silap

Yang ie My Friends panggil tudung Alien sebab kalau ada angin,dia akan jadi macam ni 
|
|
|
\/
:P

Tapi sekarang Faz mula suka akan Turban!yeah,jarang orang pakai and its look okay pada pandangan mata Faz :)
mesti pakai dengan inner neck :)
Dan ini hasilnyaaa
|
\/
boleh laaa~~~~

Dengan ini Faz sertakan video how to wear Turban :) Babai~~


This is not me, hasil paw dari Youtube :)

Monday, January 9, 2012

Hari Kusut -.-

Assalamualaikum and hye!

Hye im trying to create a smile like this :) but its hard.huh! hari ni hari yang sangat teruk. sangat STRESS . 



Katakan tidak pada STRESS! :D

Faz tahu bila tiba je hari Isnin, ia hari favourite saya!! :D *sebenarnya hari yang sangat sedih dan juga sesuai jika dilabelkan sebagai hari untuk mendera hamster-hamster saya akibat tertekan* Jadual pada hari isnin sangat lah best. It is FINAL PROJECT! yeayy!! kelas start from 8.30a.m till 4.30p.m berkurung dalam studio sambil menyiapkan kerja-kerja secara berkumpulan secara berperang dingin ataupun perang nyata. Masing-masing ada pendapat masing-masing. Tapi bila tiba jea masa break, kita orang semua will be ok,no more bertekak *tak perlu simpan dalam hati,bertekak bab study pun tambah ilmu jugak* Hari nie pulak macam-macam benda jadi. Yea, Faz seorang yang careless bila dalam keadaan stress and kelam kabut, sebagai contoh:

  • Faz print and fotostat slip sort *kertas mengira bagi QS* sebanyak beratus keping dan apabila dah siap semua tu,rupa-rupanya itu slip sort yang salah, sangat membazir -.-
  • Faz re-do slip sort yang salah tu secara bertungkus lumus time break and then save it dalam pendrive Aza, then bila dah keluar dari studio menuju ke kedai photostat, Faz mengigau cakap pendrive hilang, naik studio balik,cari-cari satu studio then turun balik bagitau Aza,lepas tu dia pulak naik cari lagi pendrive tu, cari dalam handbag, cari kat atas tangga takut tercicir tapi still tak jumpa jugak dan selepas beberapa minit berlaku adegan treasure hunt tu, akhirnya pendrive tu rupa-rupanya ada dalam pencil case Faz yang ada dalam handbag Faz sendiri! tahniah FAZREEN :D!!*bazir masa*
  • Balik rumah kejap solat lepas tu masa on the way ke kolej Faz perasan Faz tertinggal slip sort yang menyeksakan tu dan dengan penuh rasa rajin, patah balik rumah ambik balik benda tu *bazir masa lagi*
  • Faz tertinggal Drawing penting dekat depan pintu kedai photostat dan patah balik kat kedai tu,ambik balik *bazir masa lagi*
Faz tak tahu apa kena dengan Faz hari nie, semua serba tak kena, bila dah stress tak tahan sangat, habis kelas, lepas solat baru rasa tenang sikit. Im trying to tell my ownself please jangan careless! tapi payah..dah tak tahu macamana nak ubah semua tu.

Nota Law dah memanggil ajak dating, got to go..wish me luck in my final sem,bai :)