Tuesday, November 22, 2011

Perubahan Perangai Mengikut Perubahan Musim


Assalamualaikum -_-

kalau bangun pagi sila buat muka mintak penampar macam nie -.-

Kadang-kadang kita pun tak kenal diri kita sendiri kan? Aku pun tak paham diri aku sekarang, perangai tak menentu,mungkin perubahan hormon telah mengubah segala musim-musim yang berlaku dalam diri aku nie. Ada perubahan baik,ada perubahan buruk..macam tu la manusia, takde yang sempurna kot! Aku pun slalu terpikir hal nie sambil termenung dengar lagu kt Merah FM. Lagu rancak tapi aku termenung -.- 
Buat masa sekarang aku malas nak dengar cerita gaduh-gaduh, masalah bagai.. sama macam cerita kemenangan Malaysia vs Indonesia masa SEA Games. Memang la aku bangga,penat lelah menjerit macam pontianak depan tv dengan mak aku akhirnya terbalas juga,walaupun bukan dibalas dengan air asam jawa tapi kemenangan nie da cukup bermakna. Yang aku tak puas hati,kenapa Indonesia layan kita macam tu? Sampai nak masuk stadium pun payah, tak hormat lagu NEGARAKU. Diorang tahu tak perbuatan diorang nie membuatkan orang luar lagi nampak krisis antara Malaysia vs. Indonesia.. apa yang aku tengok rakyat Malaysia tak de pun nak riuh pasal krisis tu. Hal nie dah tunjuk macam Diorang try nak bukak pekung di dada. Sama jugak dengan manusia sekarang, maksud aku orang sekeliling kita *tengok sekeliling anda sekarang -.- dunia akhir zaman nie suka buka pekung di dada..sama macam apa yang aku alami..bagi aku senang je nak hadapi orang macam nie,just DIAM. tak rugi pun cuma diam nie rugi kalau kita berebut nak beli pisang goreng dekat gerai yang laku,sah-sah kita tak sempat beli dah habis, tak ke rugi?kesian nenek kat rumah tak sempat rasa, kan dah jadi macam cerita Batu Belah Batu Bertangkup? *oke,dah melalut -.- 

Sedang sedih-sedih macam nie lagi syok kalau dengar lagu Rolling In The Deep dari kak Adele kita yang kat bawah nie ~~~

suara power..yea aku suka dia..oke bai -.-