Wednesday, August 22, 2012

My Dear Adam


Hope that U will be my Adam..Ameen :)

Tips Penjagaan Sugar Glider

Assalamualaikum
Blog dah makin berhabuk, apabila keadaan agak busy after final bulan April hari tu..sudah memiliki diploma rupanya diriku ini,hewhewhew...Lepas je meninggalkan Kuantan, 29 April adalah tarikh pertunangan my sis, agak kelam kabut jugak sebab plan last minute
Seketul gambar sudah cukup menjadi bukti hari pertunangan tersebut.

Lepas tu tak pasal-pasal Faz warded dekat KPJ Perdana, Kota Bharu atas sebab-sebab tertentu. Lepas tu pulak, laptop nak bermanja, rosak pulak..macam-macam jadi..sekarang baru free..
And now, Faz da ada anak..heee....

Hai! Its me Bellarina Thumbellina (bukan Faz bagi nama macam ni) *ok,saya malu




Menjaga budak comel ni tak de la susah sangat. Maybe Faz cakap senang sebab Faz banyak spend time dengan dia. Nak bela SG ni ada orang cakap susah,ada orang cakap senang. Bagi Faz senang je,atas pendapat masing-masing. Bella ni jenis banyak ragam, nak bermanja, cepat merajuk, makan pun ikut mood,kalau nak makan banyak,memang banyak dia makan, tapi ada jugak masa dia tak nak makan sangat. makan Bella biasanya bersuap. Dah dekat 3 bulan Faz bela,memang dah serasi sekarang.. Kat sini Faz sertakan cara-cara penjagaan asas Sugar Glider.

  • Sifat Sugar Glider : Betina ke jantan ke takde siapa yang dapat pastikan mana satu lebih liar dan sukar dijinakkan. Setiap sugar glider punyai perangai / ragam / kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling , ada yang suka bersendirian...Kerenah sugar glider pasti berbeza...sebab tu lah, setiap owner yang bela sugar glider pasti susah nak jumpa sugar glider yang sama perangainya dengan sugar glider yang ada sebelumnya. 
  • Sugar Glider tak perlu dimandikan : Sugar glider ni jenis pembersih..walaupun dia suka kencing dan berak merata-rata, dia akan bersihkan balik badan dia..kalau nak badan sugar glider sentiasa wangi, lap badan sugar glider dengan wet tissue sahaja. Ataupun boleh beli spray wangian untuk pets kat kedai haiwan. 
  • Makanan Sugar Glider : Sugar Glider baby tak makan banyak pun ! Kalau nak hidangkan makanan, buah-buahan, jangan bagi dalam kuantiti yang banyak..sebab membazir je nanti. Sugar Glider ni memilih sikit..diorang nak makanan yang fresh sahaja. Kalau makanan tu dah lembik dan tak menarik..dia tak sentuh pun. Contoh : Potong buah papaya bentuk sebesar pemadam kecil pun cukup. 
  • Waktu makan sugar glider : Beri makan pada sugar glider pagi sekali dan malam sekali. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement =) 
  • Potong kuku sugar glider : Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkan panjang. Kalau korang biarkan panjang, alamat berparut parut lah badan korang yang membelanya. Lagi best kalau sugar glider tu landing atas muka korang...Zap Zip Zup..dapat hadiah ! Pastikan potong kuku bucu sahaja. Banyak kes orang potong kuku sugar glider sampai berdarah sugar glider tuh. Jadi hati-hati ya..jangan sakiti sugar glider anda. 
  • Bawa sugar glider jalan-jalan : Jangan biarkan sugar glider korang duduk dalam cage je ! Nanti tak manja la diorang..lagipun kesian kat diorang..sugar glider pun nak bebas dan hirup udara segar kan ? Jadi selalulah bawa diorang jalan-jalan, lagipun lebih cepat bonding dan mesra pada tuan...Langkah keselamatan, pastikan bwa sugar glider dalam pouch bag yang diyakini selamat dan tak mudah bolos. Perhatian ! Sugar Glider boleh melepasi zip yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika korang bawa dia jalan-jalan..macam mana cara pun,pastikan zip pouch bag tu tak boleh terbuka dengan mudah. 
  • Masa untuk Sugar Glider : Sugar glider ni sejenis haiwan yang manja ok...sangat penuh dengan kasih-sayang. Jadi bagi pembela sugar glider, pastikan korang sentiasa ada untuk suggies korang. Spend banyak masa dengan sugar glider korang supaya ia tak kesepian. Kalau macam Faz, Faz spend almost 12 jam dengan diorang..sampai kadang-kadang 24 jam pun ada...Sebab saya bawa ke mana sahaja saya pergi. 
  • Cara Manjakan Sugar Glider : Nak manjakan sugar glider ni nak kata senang tak juga, ikut perangai sugar glider tu jugak. Kalau dia lahir dengan cara homebreed (orang bela kat rumah dan bagi beranak pinak), biasanya sugar glider itu lebih jinak. Kalau lahir dalam massbreed (entah betul ke tak istilah ni, sugar glider lahir kat kilang proses buat anak sugar glider) biasanya sugar glider tu lebih liar. Tapi jangan risau..manjakan sugar glider korang dengan tangan. Usap sugar glider tu...pedulikan gigitan dan kebisingan dia..biasakan dengan gigitan..nanti..daripada gigitan bertukar jadi jilatan sebab dia dah suka tuan dia. Selain itu, bagi upah makan yang sedap sedap kat sugar glider...pancing dia dengan yogurt, mesti dia tertarik..dan usap badan dan kepala dia berulang-ulang kali. Jangan lupa letak baju yang berbau badan korang dalam sangkar sugar glider tu...

P/S : tak terlambat lagi kan nak wish SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN? :)


Love,

Faz.

Tuesday, August 21, 2012

Him :)

Incek Habang Kacak yang mampu me'melting'kan hatiku :)
Syafiq Zulkifli