Saturday, December 24, 2011

::IT'S TONJANG BIG DAY::

ASSALAMUALAIKUM ;)

Entry kali nie didatangkan pakej dengan smile on my face..seriously im happy for her (my bestfriend, Tonjang) :) Faz balik terus terpikir want to make special entry for her and also her beloved fiancee, Amirul Asnawi.. u should remember something "AWAK SOMEONE'S TUNANG DAH! ;p" im still remember masa kitorang duk dalam bilik sambil tunggu orang berbalas pantun kat luar, tangan minah tu dah sejuk bagai dengan jantung macam lari 120km/h, and Faz pun nervous *eyh,motif??*

me with Yuha and Aza masa tunggu my other friends yang nak konvoi sekali *okei,kantoi Shahputra*



 im so excited to her! :D

 she's so adorable right? *tonjang sangat tinggi dan Faz TIDAK pendek -.-*
 

with Yuha,Aza and Tonjang p/s:Faz tak pendek          Curi handflower Tonjang adalah kebanggaan Saya *sigh





^_^

her Encik Tunang :)

P/S: hope korang sentiasa happy, n always remember korang tengah darah manis :)
*terima kasih sudi baca




Wednesday, December 21, 2011

::HARD DISK vs. FINAL PROJECT::

Assalamualaikum ;D

memang faz tgh senyum mcm nie -.-

tengah-tengah malam adalah waktu yang sangat indah untuk dibuai mimpi lebih-lebih lagi bila bandar Kuantan dah start hujan,mesti tidur dalam keadaan sejuk..waaaaa ^_^
Akan tetapi,disebabkan masalah yang datang secara tiba-tiba petang tadi melanda one of my roomates, maka Faz menjadi mangsa mak cik Aza untuk berjaga pada malam ini. Her hard disk dah kena virus. It's Trojan Horse, base on what my bff told me, virus nie tak la serious pun sebab beliau merupakan sang virus yang sangat biasa tapi adalah sangat bahaya *Faz tak tahu lebih-lebih pasal hal virus-virus nie sebab ini bukan hal yang saya sangat pakar* Tapi hal nie boleh menjadi bahan lawak bila mak cik Aza mula cakap yang dia dah scan hard disk dia before  dia guna, so she said that the virus datang dari udara sebab teknologi dah canggih, H1N1 pun datang dari udara termasuk sang trojan *Syok terguling bila kitorang cuba mencipta sesuatu mitos*  So, right now im just waiting for her hard disk supaya sihat seperti sedia kala...sah-sah pukul 3 pagi baru tidur -.- ...Bila pikir-pikir balik we shouldn't mengeluh when we help another people sebab kita tak tahu bila kita akan susah kann??? :) *redha
 And my another task is Final Project... Such a great experience that i will face for this final semester.. This is not beban but we should call it as responsibility as a final year student. Just wish me luck untuk menghabiskan sisa-sisa diploma ;)
Adios ^_^

Wednesday, December 7, 2011

YA ALLAH...





Ya Allah,
Bila dia bukan untuk ku,
Bila dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.
Ya Allah,
Bila ini bukan masanya,
Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.
Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”



'kehilangan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik..setiap kejadian ada hikmahNya...Allah lebih memahami hati hambaNya...
Ya Allah,berikanlah aku khalifah yang terbaik untuk membimbing diriku yang serba kekurangan..AMINN'

Thursday, December 1, 2011

The Dangerous Thing!

Assalamualaikum <3

Kalau lepas shopping,nak keluar pintu mall kena pose macam nie ^-^

Yeah2!! Year End Sale! weehoo!!! semua orang mesti gila time nie... Sila buat gaya macam kat atas nie, masuk mall dengan handbag penuh dengan duit pastu berjalan-jalan dengan penuh like "aku nak borong satu mall nie" pastu keluar mall masa mall dengan gaya macam kat atas nie,bawak paperbag sampai tak cukup tangan pastu sampai rumah tangan merah-merah sebab bawak barang banyak. hahaha, padan lah muka ko senah, masuk mall macam samseng,kluar mall macam pekerja stor bawak barang banyak-banyak. Yang nie kalau shopping kat mall, kalau online shopping pulak, lagi la! bukak semua shopping website yang ingat dalam kepala smpai penuh tab kat atas tu, pastu lompat terkinja-kinja kalau ada yang berkenan.. Pastu dengan kayanya, bukak BANK MERAH takpun BANK HARIMAU for making money transfer.. Alah,duk umah, pakai baju tidur pun boleh shopping lah zaman sekarang,pastu tak yah beratur panjang pegy bank in duit.. zaman dah canggih..
*oke, cerita kat atas nie memang faz yang alami,haha :P (mengata orang lebih, diri sendiri lebih kurang!)

Dah dua bulan tak habis-habis jadi mangsa shopping, tak kira la online shopping or shopping mall..mangsa window shopping pun ada gak!sampai lenguh kaki den nie ha.. Jom cuci mata!

Jacket Comel ^-^
Stilettos Hot ;)

Misi utama: kene pegy sini, shopping untuk barang bilik rumah sewa,study tu study jugak, ruang kena jaga, dah nak final sem,final project akan mencuri masa yang emas so I have to beli something yang dapat campakkan barang dengan senang tanpa sepahkan tempat.....

Ok Bai, Shopping lah anda untuk masa depan , Ehh :P

Monday, November 28, 2011

CAN'T WAIT

-.-

  • Finish my practical * 1 day more to go
  • Final Semester
  • Finish my Diploma *eh,kene ada final semester dulu before habis dip kan? ok, perangai tak sabar

BAI,ASSALAMUALAIKUM


Wednesday, November 23, 2011

How To Bye-bye Your Love


Assalamualaikum ;D

Entri kali ini mungkin agak best atau mungkin tidak enak untuk dibaca kerana ia melibatkan isi-isi hati, pancreas mahupun paru-paru. Apa yang Faz cuba sampaikan adalah cara untuk melupakan masa lalu,yea benda itu yang sedang aku lalui. Kalau korang semua tak rasa lagi semua benda tu dan masih lagi berada pada musim hangat bercinta ibarat bunga-bunga sakura jatuh diantara kamu berdua sambil berpandangan antara satu sama lain mesti korang pikir  “oh,aku tidak dapat hidup tanpamu CINTAKU!” . Sebenarnya korang salah,sebab dulu pun Faz pikir macam nie jugak tapi bila dah alami, rupanya senang sangat nak lalui saat getir nie dalam hidup. Yeah! Dulu Faz tak sangka Faz setabah ini tapi itulah kebenarannya! *sambil berdiri atas bangunan,cekak pinggang buat gaya superman -.-

Boleh imagine x? Tapi tak pakai suar dalam kat luar :P

                Tapayah la Faz cerita kisah cinta Faz kan kat sini, apa yang Faz cuba terangkan kat sini adalah cara-cara untuk melupakan seseorang yang kita sebenarnya sangka kita tak dapat hidup tanpanya. Oke, kat bawah nie adalah cara-cara tambahan apa yang Faz lakukan selain dari apa yang telah diterangkan oleh Keknis dalam entry nie.
1.   Hati nie kita yang control taw, (berdasarkan apa yang dinasihatkan oleh one of my close friends) kalau dalam hati korang tu korang dah set kan yang korang tak dapat hidup tanpa dia,memang la korang tak dapat nak lupakan sampai bila. Yea,Faz tahu memang sakit, tapi itulah pengorbanan. If u love someone, let he/she happy *walaupun korang sedih macam nak terjun bangunan.  So, mind set kan yang ‘Aku dengan dia dah takde apa-apa,tu semua kenangan lama’.
2.  Perkara yang paling penting, just delete all the photos,videos dalam lappy,handphone,camera.

ha,tengok?semua kat recycle bin *jangan zoom in taw! :P


Bukan benda tu je, surat ke,kad ke,all the gifts just pulangkan kat dia. Tu kalau dia terima balik, tapi kalau tak, sila bakar. *jangan cakap sayang nak bakar! Kecuali kalau dia bagi cincin bertatahkan berlian bersar gedabak sebesar lori pasir tu memang korang patut bagi balik sampai dia terima sebab Faz tak rasa benda tu patut di buang, mahal kot! Kalau dia tak terima jugak, sila bagi Faz :P *joke
3.  Okey, yang no. 3 pulak Faz sokong apa yang Keknis cakap, kita berhak keluar dengan orang lain yang sebelum nie kita tolak! bukan nak ajar jadi jahat tapi korang patut rasa bebas yang selama nie korang tak rasa sebab jaga perasaan dia. Tapi ingat, jaga kehormatan diri,jangan sebab korang dah frust, korang lupa semua benda tu J
4. Yang nie the most important tips! Macam keknis cakap, nangis la sepuas hati, yes! Silakan! Tapi tolonglah hanya untuk sehari dua lepas clash. Sehari dua je taw, jangan sampai setahun dua. Sebab kalau korang nangis lama-lama pun, masa takkan berundur, ke depan jugak.



5.  We need shoulder right? Especially dari orang-orang yang kita rapat. Luahkan semua yang terbuku bila kita dapat bahu *jangan siap bagi hingus or bekas mekap korang pulak kat bahu dia (Faz pernah buat tu!sumpah malu!yang bekas mekap je la, hingus tak -.-) Tapi tak perlu la sampai dua tiga bulan asyik mengadu benda sama. Untuk seminggu dua tu takpe la nak ada sesi luahan hati tapi kalau lama-lama tu asyik ulang benda sama macamana nak lupa? Kawan korang yang dulunya bersimpati ngan korang pun bosan asyik dengar cerita sama. Daripada jadi advisor terus dah malas layan korang sebab asyik bagi nasihat yang sama.
6.  Pikirkan perkara teruk yang pernah dia lakukan J Buatkan satu list dan letakkan dalam handbag. Kalau rasa rindu, sila baca balik, lepas tu mesti korang okay balik. *nie tips dari cosmopolitan
7. Sambungan tips Keknis, bagaikan semua lagu sedih untuk korang je kan masa tu? Mesti korang rasa satu dunia memahami korang. Please, semakin banyak korang layan lagu sedih, semakin down lah korang. Sila dengar lagu-lagu rancak *walaupun hati korang nak dengar lagu sedih
8. Sila buat Solat Hajat untuk yang Islam. Ingat, semua yang terjadi adalah kehendakNya. Dia dah aturkan semua nie, kita kehilangan seseorang untuk dapat orang yang lebih baik. Allah dah simpan seorang yang terbaik untuk kita. Percayalah.


      Faz tak pasti if tips-tips kat atas nie berkesan tak kat korang. Tapi untuk Faz, disebabkan semua tips nie la Faz jadi tabah. (Frust bercinta tak semestinya tak payah makan, tak payah tido, tak payah kerja/belajar then mesti menangis 24 jam and kalau kumpul semua air mata tu dah cukup satu tempayan untuk pinang Puteri Gunung Ledang). Korang kena ingat, kalau selama nie korang dah bagi yang terbaik dalam hubungan, and semua yang terjadi nie adalah silap si dia, korang patut tersenyum, sebab si dia yang patut menangis J

Ok Bai J

Tuesday, November 22, 2011

Perubahan Perangai Mengikut Perubahan Musim


Assalamualaikum -_-

kalau bangun pagi sila buat muka mintak penampar macam nie -.-

Kadang-kadang kita pun tak kenal diri kita sendiri kan? Aku pun tak paham diri aku sekarang, perangai tak menentu,mungkin perubahan hormon telah mengubah segala musim-musim yang berlaku dalam diri aku nie. Ada perubahan baik,ada perubahan buruk..macam tu la manusia, takde yang sempurna kot! Aku pun slalu terpikir hal nie sambil termenung dengar lagu kt Merah FM. Lagu rancak tapi aku termenung -.- 
Buat masa sekarang aku malas nak dengar cerita gaduh-gaduh, masalah bagai.. sama macam cerita kemenangan Malaysia vs Indonesia masa SEA Games. Memang la aku bangga,penat lelah menjerit macam pontianak depan tv dengan mak aku akhirnya terbalas juga,walaupun bukan dibalas dengan air asam jawa tapi kemenangan nie da cukup bermakna. Yang aku tak puas hati,kenapa Indonesia layan kita macam tu? Sampai nak masuk stadium pun payah, tak hormat lagu NEGARAKU. Diorang tahu tak perbuatan diorang nie membuatkan orang luar lagi nampak krisis antara Malaysia vs. Indonesia.. apa yang aku tengok rakyat Malaysia tak de pun nak riuh pasal krisis tu. Hal nie dah tunjuk macam Diorang try nak bukak pekung di dada. Sama jugak dengan manusia sekarang, maksud aku orang sekeliling kita *tengok sekeliling anda sekarang -.- dunia akhir zaman nie suka buka pekung di dada..sama macam apa yang aku alami..bagi aku senang je nak hadapi orang macam nie,just DIAM. tak rugi pun cuma diam nie rugi kalau kita berebut nak beli pisang goreng dekat gerai yang laku,sah-sah kita tak sempat beli dah habis, tak ke rugi?kesian nenek kat rumah tak sempat rasa, kan dah jadi macam cerita Batu Belah Batu Bertangkup? *oke,dah melalut -.- 

Sedang sedih-sedih macam nie lagi syok kalau dengar lagu Rolling In The Deep dari kak Adele kita yang kat bawah nie ~~~

suara power..yea aku suka dia..oke bai -.-

Monday, November 21, 2011

TELUR


Assalamualaikum & Hye!

Macam apa yang aku rasa sejak akhir-akhir nie aku memang rajin sikit jaga kulit *sikit je -.- Kalau dulu,aku lah yang paling pemalas,nak pakai lotion pun malas kot! tapi sekarang nie maybe dapat hidayah kot jadi rajin tetibe *perasan...bulan lepas aku tanya la pak cik Google pasal petua-petua jaga kulit muka kan,pastu aku dapat la idea (tipu je idea aku,aku paw dr petua orang tua jugak nieh :P ) MASKER TELUR! 


yeah! telur! mmg bau telur la muka korang lepas pakai masker nie tp best kot! muka gebu je rasa! terasa seperti di awang-awangan! (tipu lagi -.- ) satu lagi,petua nie menjimatkan,ala,telur brapa sen je kot! gpun kita pakai keseluruhan isi telur tu,termasuk putih telur ngan kuning telur & fyi, 1 biji telur tu boleh kongsi dalam 4 5 orang macam tu la..so jimatkan?lebih-lebih lagi untuk student macam kita nie ;D
So,macam nie cara-caranya ye:
1. Asingkan putih telur dengan kuning telur (sebab function dia lain-lain taw,so tak boleh campur)

Putih Telur
Ada dua cara untuk putih telur nie,untuk hilangkan black head dan untuk putihkan kulit.. Kalau cara untuk hilangkan blackhead tu,korang kene pakai tisu.  1 helai tisu tu kan ada 2 lapisan, so pisahkan lapisan tu. Korang gunting kecik-kecik tisu tu lpas tu tampalkan kat muka then sapukan putih telur. Biar tisu tu jadi lembap je kat muka. Bila dah  kering,korang tarik slow-slow tisu tu (time nie best giler) lepas tu korang tengok tisu tu, segala binatang peliharaan korang *blackhead* akan terlekat kt situ (ala,macam pakai nose strip tapi nie satu muka, so blackhead kat bukan kawasan hidung pun dapat dihalau. senangkan?kalau rajin buat lah berkali-kali sampai korang dah tak nampak dah blackhead yang tertinggal. 
Lepas tu,cara kedua nie, untuk putihkan kulit, tegangkan kulit dan jugak untuk kulit berminyak. korang amek putih telur, pukul telur putih tu dengan pemukul telur *garfu pun boleh* sampai berbuih. Semakin banyak buih,semakin best! lepas tu,korang sapu kat muka buih-buih tu,biarkan seketika smpai korang rasa korang tak boleh senyum dah, lepas tu basuh muka... kulit muka akan jadi sangat lembut *kulih makin cerah!

Kuning Telur
Kuning telur nie caranya lebih kurang sama dengan cara putih telur. Pukul telur kuning sampai berbuih *kuning telur tak berbuih sangat taw* pastu sapukan kat muka. then bila kering,basuh and lapkan muka..Kuning Telur nie boleh melembapkan muka, segarkan muka. 

So, 1 biji telur korang pakai kan?jimat kan? tapi kalau korang pakai sorang-sorang tu takkan la pakai sampai satu biji kan,so sparuh dari telur yang korang guna tu korang goreng je la *jimat :P
Lepas dah buat semua nie, amek ais lepas tu tuamkan kat seluruh muka biar rasa sejuk. Ais dapat kecikkan liang roma taw!

So, selamat mencuba <3

masa tengah pakai, korang boleh pikir macam nie :P OKE BAI -.-

Sunday, November 20, 2011

Budak Techik

Im start missing my budak techik Qais..after spending my time at his home for 2 weeks,mmg la teringat kan? -.- Rindu buli2 dia (dia buli aku pun ade, haippp malu kene buli dengan budak umo stahun)... Dia nampak comel bila kenyit2 mata kalau nampak camel, erkkk yeah UNTA!
yeah comel! bulu mata comel x macam aku! -.-



Sila sengetkan kepala kalau tengok video nie (sorry ) 
dia suka kenyit2 mata! *ouh i miss him! <3


::KOTAK MERAH::

ASSALAMUALAIKUM ;D

KOTAK MERAH  ...atau dalam erti kata lain, Red Box  ;) yeah,aku mmg gile karok,skali karok habis lah dunia..eh memang lah kan,nama pun untuk release tension. Tapi agak x puas hati bila sound dia agk x memuaskan hati *nama pun x puas hati -.- ... Tapi boley laaa....What the best part is,Ianya adalah dibelanja oleh my bro!yes, masa tu dia amat memahami adiknya yang agak tertekan.. I go there with half of my siblings (Ateen,Ain,Abg Lan & Kak Shima & also Budak Techik Qais). Masa tu agak2 dalam pukul 12 tgh malam..memang hebat lah kan bawak budak kechik (1 1/2 year old) pegy karok...siyes dia tido nyenyak je kot even aku dah menjerit bagai tak ingat dunia! 



senang kan??maybe sebab dah di didik awal2 kot..mane taknye,dari kecik dah bawak tengok wayang..untung lah.. *ada anak nanti sila didik anak mcm nie ^.^

Wednesday, November 2, 2011

KORBAN PANJANG

Assalamualaikum -.-

Cuti panjang??apakah?yes it is.. CUTI PANJANG.. (2 weeks only actually).. haha..ok la tu kan?untung la tu kan?untung sebab dapat cuti..wuargghhh...sangat susah oke untuk dapat cuti... -.-
Next Sunday hari raya Aidiladha but there is no preparation yang gilang gemilang yang menunjukkan bahawa kami sedang bergembira masa hari raya... just wearing baju raya sedia ada pada sebelumnya..tu pun dah cukup..nama pun raya KORBAN..so korban lah kannn?.. after that im start following my Bro & SIL balik Puchong. Dah bosan di Terengganu..And i really need cuti..ok..Bai.. 

Saturday, October 29, 2011

::BORED:

ASSALAMUALAIKUM

okay im here again after few hours... -.-
obvious gile aku tengah bosan kan?eh lantak la,memang tengah bosan pown..rasa macam membazirkan masa yang sangat berharga berada di sini *di site office yang maha sejuk beku
please dun remind me yang aku kerja pada hari sabtu yang merupakan hari untuk orang bersuka ria dengan keindahan dunia.. actually aku dah x terikat dengan company nie lagi sebab pemarkahan semua da setel da,presentation pun dah.. so nak apa lagi kan?mengabdikan diri untuk menunjukkan diri yang maha rajin datang ke ofis,yes..benda tu aku tengah buat skrg padahal aku jadi tunggul je kat sini.
Cant wait to go back to Kuantan yang dirindui (bukan sebab rindu dia yang dah xde kaitan dengan hidup aku) tapi rindu all of my friends and suasana seorang perantau. ok,dah tanak cakap banyak. bai :)

Friday, October 28, 2011

::first entry::


Hi, Assalamualaikum

Hye,morning, okay this is my first entry. aku saje buat belog sebab i need some place untuk jadi tempat berkongsi cerita. im trying nak buat belog dari dulu lagi tp payah yang amat nak buat,i dunno y (malas laa)..So,
Nice to meet u guys! o_O

oke,x payah buat ayat kesian nak mintak lempang banyak kali. -.-