Wednesday, November 23, 2011

How To Bye-bye Your Love


Assalamualaikum ;D

Entri kali ini mungkin agak best atau mungkin tidak enak untuk dibaca kerana ia melibatkan isi-isi hati, pancreas mahupun paru-paru. Apa yang Faz cuba sampaikan adalah cara untuk melupakan masa lalu,yea benda itu yang sedang aku lalui. Kalau korang semua tak rasa lagi semua benda tu dan masih lagi berada pada musim hangat bercinta ibarat bunga-bunga sakura jatuh diantara kamu berdua sambil berpandangan antara satu sama lain mesti korang pikir  “oh,aku tidak dapat hidup tanpamu CINTAKU!” . Sebenarnya korang salah,sebab dulu pun Faz pikir macam nie jugak tapi bila dah alami, rupanya senang sangat nak lalui saat getir nie dalam hidup. Yeah! Dulu Faz tak sangka Faz setabah ini tapi itulah kebenarannya! *sambil berdiri atas bangunan,cekak pinggang buat gaya superman -.-

Boleh imagine x? Tapi tak pakai suar dalam kat luar :P

                Tapayah la Faz cerita kisah cinta Faz kan kat sini, apa yang Faz cuba terangkan kat sini adalah cara-cara untuk melupakan seseorang yang kita sebenarnya sangka kita tak dapat hidup tanpanya. Oke, kat bawah nie adalah cara-cara tambahan apa yang Faz lakukan selain dari apa yang telah diterangkan oleh Keknis dalam entry nie.
1.   Hati nie kita yang control taw, (berdasarkan apa yang dinasihatkan oleh one of my close friends) kalau dalam hati korang tu korang dah set kan yang korang tak dapat hidup tanpa dia,memang la korang tak dapat nak lupakan sampai bila. Yea,Faz tahu memang sakit, tapi itulah pengorbanan. If u love someone, let he/she happy *walaupun korang sedih macam nak terjun bangunan.  So, mind set kan yang ‘Aku dengan dia dah takde apa-apa,tu semua kenangan lama’.
2.  Perkara yang paling penting, just delete all the photos,videos dalam lappy,handphone,camera.

ha,tengok?semua kat recycle bin *jangan zoom in taw! :P


Bukan benda tu je, surat ke,kad ke,all the gifts just pulangkan kat dia. Tu kalau dia terima balik, tapi kalau tak, sila bakar. *jangan cakap sayang nak bakar! Kecuali kalau dia bagi cincin bertatahkan berlian bersar gedabak sebesar lori pasir tu memang korang patut bagi balik sampai dia terima sebab Faz tak rasa benda tu patut di buang, mahal kot! Kalau dia tak terima jugak, sila bagi Faz :P *joke
3.  Okey, yang no. 3 pulak Faz sokong apa yang Keknis cakap, kita berhak keluar dengan orang lain yang sebelum nie kita tolak! bukan nak ajar jadi jahat tapi korang patut rasa bebas yang selama nie korang tak rasa sebab jaga perasaan dia. Tapi ingat, jaga kehormatan diri,jangan sebab korang dah frust, korang lupa semua benda tu J
4. Yang nie the most important tips! Macam keknis cakap, nangis la sepuas hati, yes! Silakan! Tapi tolonglah hanya untuk sehari dua lepas clash. Sehari dua je taw, jangan sampai setahun dua. Sebab kalau korang nangis lama-lama pun, masa takkan berundur, ke depan jugak.



5.  We need shoulder right? Especially dari orang-orang yang kita rapat. Luahkan semua yang terbuku bila kita dapat bahu *jangan siap bagi hingus or bekas mekap korang pulak kat bahu dia (Faz pernah buat tu!sumpah malu!yang bekas mekap je la, hingus tak -.-) Tapi tak perlu la sampai dua tiga bulan asyik mengadu benda sama. Untuk seminggu dua tu takpe la nak ada sesi luahan hati tapi kalau lama-lama tu asyik ulang benda sama macamana nak lupa? Kawan korang yang dulunya bersimpati ngan korang pun bosan asyik dengar cerita sama. Daripada jadi advisor terus dah malas layan korang sebab asyik bagi nasihat yang sama.
6.  Pikirkan perkara teruk yang pernah dia lakukan J Buatkan satu list dan letakkan dalam handbag. Kalau rasa rindu, sila baca balik, lepas tu mesti korang okay balik. *nie tips dari cosmopolitan
7. Sambungan tips Keknis, bagaikan semua lagu sedih untuk korang je kan masa tu? Mesti korang rasa satu dunia memahami korang. Please, semakin banyak korang layan lagu sedih, semakin down lah korang. Sila dengar lagu-lagu rancak *walaupun hati korang nak dengar lagu sedih
8. Sila buat Solat Hajat untuk yang Islam. Ingat, semua yang terjadi adalah kehendakNya. Dia dah aturkan semua nie, kita kehilangan seseorang untuk dapat orang yang lebih baik. Allah dah simpan seorang yang terbaik untuk kita. Percayalah.


      Faz tak pasti if tips-tips kat atas nie berkesan tak kat korang. Tapi untuk Faz, disebabkan semua tips nie la Faz jadi tabah. (Frust bercinta tak semestinya tak payah makan, tak payah tido, tak payah kerja/belajar then mesti menangis 24 jam and kalau kumpul semua air mata tu dah cukup satu tempayan untuk pinang Puteri Gunung Ledang). Korang kena ingat, kalau selama nie korang dah bagi yang terbaik dalam hubungan, and semua yang terjadi nie adalah silap si dia, korang patut tersenyum, sebab si dia yang patut menangis J

Ok Bai J