Assalamualaikum ;D
Entri kali ini mungkin agak best
atau mungkin tidak enak untuk dibaca kerana ia melibatkan isi-isi hati, pancreas
mahupun paru-paru. Apa yang Faz cuba sampaikan adalah cara untuk melupakan masa
lalu,yea benda itu yang sedang aku lalui. Kalau korang semua tak rasa lagi
semua benda tu dan masih lagi berada pada musim hangat bercinta ibarat
bunga-bunga sakura jatuh diantara kamu berdua sambil berpandangan antara satu
sama lain mesti korang pikir “oh,aku
tidak dapat hidup tanpamu CINTAKU!” . Sebenarnya korang salah,sebab dulu pun
Faz pikir macam nie jugak tapi bila dah alami, rupanya senang sangat nak lalui
saat getir nie dalam hidup. Yeah! Dulu Faz tak sangka Faz setabah ini tapi
itulah kebenarannya! *sambil berdiri atas bangunan,cekak pinggang buat gaya
superman -.-
Boleh imagine x? Tapi tak pakai suar dalam kat luar :P
Tapayah
la Faz cerita kisah cinta Faz kan kat sini, apa yang Faz cuba terangkan kat
sini adalah cara-cara untuk melupakan seseorang yang kita sebenarnya sangka
kita tak dapat hidup tanpanya. Oke, kat bawah nie adalah cara-cara tambahan apa
yang Faz lakukan selain dari apa yang telah diterangkan oleh Keknis dalam
entry nie.
1. Hati nie kita yang control taw, (berdasarkan apa
yang dinasihatkan oleh one of my close friends) kalau dalam hati korang tu
korang dah set kan yang korang tak dapat hidup tanpa dia,memang la korang tak
dapat nak lupakan sampai bila. Yea,Faz tahu memang sakit, tapi itulah
pengorbanan. If u love someone, let he/she happy *walaupun korang sedih macam
nak terjun bangunan. So, mind set kan
yang ‘Aku dengan dia dah takde apa-apa,tu semua kenangan lama’.
2. Perkara yang paling penting, just delete all the
photos,videos dalam lappy,handphone,camera.
ha,tengok?semua kat recycle bin *jangan zoom in taw! :P
Bukan benda tu je, surat ke,kad ke,all the
gifts just pulangkan kat dia. Tu kalau dia terima balik, tapi kalau tak, sila
bakar. *jangan cakap sayang nak bakar! Kecuali kalau dia bagi cincin
bertatahkan berlian bersar gedabak sebesar lori pasir tu memang korang patut
bagi balik sampai dia terima sebab Faz tak rasa benda tu patut di buang, mahal
kot! Kalau dia tak terima jugak, sila bagi Faz :P *joke
3. Okey, yang no. 3 pulak Faz sokong apa yang
Keknis cakap, kita berhak keluar dengan orang lain yang sebelum nie kita tolak!
bukan nak ajar jadi jahat tapi korang patut rasa bebas yang selama nie korang
tak rasa sebab jaga perasaan dia. Tapi ingat, jaga kehormatan diri,jangan sebab
korang dah frust, korang lupa semua benda tu J
4. Yang nie the most important tips! Macam keknis
cakap, nangis la sepuas hati, yes! Silakan! Tapi tolonglah hanya untuk sehari
dua lepas clash. Sehari dua je taw, jangan sampai setahun dua. Sebab kalau
korang nangis lama-lama pun, masa takkan berundur, ke depan jugak.
5. We need shoulder right? Especially dari
orang-orang yang kita rapat. Luahkan semua yang terbuku bila kita dapat bahu
*jangan siap bagi hingus or bekas mekap korang pulak kat bahu dia (Faz pernah
buat tu!sumpah malu!yang bekas mekap je la, hingus tak -.-) Tapi tak perlu la
sampai dua tiga bulan asyik mengadu benda sama. Untuk seminggu dua tu takpe la
nak ada sesi luahan hati tapi kalau lama-lama tu asyik ulang benda sama
macamana nak lupa? Kawan korang yang dulunya bersimpati ngan korang pun bosan
asyik dengar cerita sama. Daripada jadi advisor terus dah malas layan korang
sebab asyik bagi nasihat yang sama.
6.
Pikirkan perkara teruk yang pernah dia lakukan
J Buatkan satu list dan
letakkan dalam handbag. Kalau rasa rindu, sila baca balik, lepas tu mesti
korang okay balik. *nie tips dari
cosmopolitan
7. Sambungan tips Keknis, bagaikan semua lagu sedih
untuk korang je kan masa tu? Mesti korang rasa satu dunia memahami korang.
Please, semakin banyak korang layan lagu sedih, semakin down lah korang. Sila
dengar lagu-lagu rancak *walaupun hati korang nak dengar lagu sedih
8. Sila buat
Solat Hajat untuk yang Islam. Ingat, semua yang terjadi adalah kehendakNya. Dia
dah aturkan semua nie, kita kehilangan seseorang untuk dapat orang yang lebih
baik. Allah dah simpan seorang yang terbaik untuk kita. Percayalah.
Faz tak pasti if tips-tips kat atas nie berkesan tak kat
korang. Tapi untuk Faz, disebabkan semua tips nie la Faz jadi tabah. (Frust
bercinta tak semestinya tak payah makan, tak payah tido, tak payah kerja/belajar
then mesti menangis 24 jam and kalau kumpul semua air mata tu dah cukup satu
tempayan untuk pinang Puteri Gunung Ledang). Korang kena ingat, kalau selama
nie korang dah bagi yang terbaik dalam hubungan, and semua yang terjadi nie
adalah silap si dia, korang patut tersenyum, sebab si dia yang patut menangis J
Ok Bai J